Pembentukan Kata


Pembentukan Kata
Imbuhan Awalan
Awalan Ke-
1)      bertugas untuk membentuk kata nama, kata bilangan tingkat dan kata bilangan himpunan
2)      mempunyai beberapa makna, iaitu
a)      yang di...i atau di…kan
~ kehendak – sesuatu yang dikehendaki
kekasih – orang yang dikasihi
ketua – orang yang dituakan (tua atau berpengalaman)
b)      urutan satu per satu
Contoh: kedua, ketiga, kelima, ketujuh
c)      himpunan
Contoh: kedua-dua, ketiga-tiga, kelima-lima, ketujuh-tujuh
Awalan Se-
1)      tidak berubah apabila diimbuhkan pada kata dasar
2)      Contoh: selama, sebesar, sebuah, sebiji, setahun,
3)      Mempunyai beberapa makna, iaitu
a)      satu – sebuah = satu buah
b)      sama – sejenis = sama jenis
c)      sama-sama di – sekampung = sama-sama di kampung
d)      seluruh – sedunia = seluruh dunia
e)      sama dengan – seberat = sama berat dengan

Awalan Ber-
1)      Awalan ber- sama keluarga dengan awalan be- dan bel-
Awalan
Keteragnan
Contoh
Be-
Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf r atau suku kata pertamanya berakhir dengan er
Berehat, bekerja, beracun, beserta, berentak, becermin
Bel-
Apabila bertemu dengan kata-kata ajar dan unjur
Belajar, belunjur
Ber-
Apabila bertemu dengan kata-kata yang lain daripada yang tersebut diatas
Berbaring, bergual, bermain, berjalan, berlari, bersukan
2)      Awalan ber- mempunyai beberapa makna, iaitu
a)      menaiki atau menunggang – contoh: berbasikal
b)      memakai – contoh: bertopi
c)      mengusahakan – contoh: berkebun
d)      menunjukan sikap – contoh: berhemah, berkeras
e)      mengguunakan – contoh: berpayung, bertongkat
f)        mempunyai – contoh: berharta, berambut

Awalan Ter-
1) Awalan ter- sama keluarga dengan awalan te- dan tel-
Awalan
Keteragnan
Contoh
te-
Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf r atau suku kata pertamanya berakhir dengan er
Terangkum, terancang, terendah, terpercik, teperlus, tesergam
Tel-
Apabila bertemu dengan kata-kata unjur
terlunjur
Ter-
Apabila bertemu dengan kata-kata yang lain daripada yang tersebut diatas
Terasing, terbuka, tertutup, tergolek, terhalang, terkejut
2) Awalan ter- mempunyai beberapa makna, iaitu
  a) tidak sengaja men… atau di…
  b) paling – contoh tericantik = paling cantik
  c) keupayaan (dapat di…) – contoh terangkat = dapat diangkat

Awalan Men-
1)        Awalan Men- sama keluarga dengan awalan me-, mem-, meng-dan menge-
Awalan
Keteragnan
Contoh
Me-
~Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf l, m, n, ng, ny, r dan w
~apabila bertemu dengan huruf k, s. p dan k, tetapi huruf k akan bertukar menjadi ngs menjadiny, p menjadi dan menjadi n
Melukis,, memasak menyala
Men-kata = mengata
Men-sapu = menyapu
Men-tunggu = menunggu
Men-tulis = menulis
Mem-
~Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf b, f dan v
Membawa, menfitnah
Men-
~Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf c, d dan j
Mencari, menfapat, menjadi
Meng-
~Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan hurufa,e,i,o,u,g dan h
Menggosok, mengubah, mengikut
Menge-
~Apabila bertemu dengan kata-kata yang terdiri daripada satusuku kata sahaja
Mengebom, mengecat, mengelap
   2Awalan Men- mempunyai bebrapa makna, iaitu
      a) Melakukan perbuatan contoh: memasak- perbuatan memasak
      b) Menjadi seperti contoh: menikus – takut seperti tikus
      c) Pergi ke contoh: menyeberang - pergi ke seberang
      d) Memasang contoh: memagar - memasang pagar
      e) Menjadi contoh: menguning – menjadi kuning
      f) Melakukan kerja dengan menggunakan contoh: menyapu-menggunakan penyapu untuk sapu
      g) Membuat\ contoh: melemaang – membuat lemang
      h) Mengeluarkan bunyi contoh: mengiau – mengeluarkan bunyi “iau”

Awalan Per-
1)      Awalan Per- sama keluarga dengan awalan pe- dan pel-
Awalan
Keteragnan
Contoh
Per-
Apabila bertemu dengan kata-kataburu, tandang dan tapa
Perburu, pertandang, pertapa
Pel-
Apabila bertemu dengan kata-kataajar
Pelajar
Pe-
Apabila bertemu dengan kata-kata lain yang ada hubungan dengan kata-kata yang berawalana dengan ber-
Pedagang, pekedai, peniaga, pejuang, pelakon, pekebun
2)      Awalan Pel- mempunyai bebrapa makna, iaitu
a)      Orang yang berbuat sesuatu dengan kata kerja awalan ber-
Contoh: pelajar = orang yang belajar
b)      Orang yang di contoh: pesuruh = orang yang disuruh

Awalan Pen-
1)      Awalan Pen- sekeluarga dengan awalan pe-, pem-, peng- dan penge-
Awalan
Keteragnan
Contoh
Pe-
Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan hurufl,m,n,ny,r dan w
Pemenang, penasihat, penyanyi, pewaris, perompak
Pem-
Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf dan f
Pemburu, pemfitnah, pembelot
Peng-
Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan hurufa,e,I,o,u,g,h, dank h
Pengikut, penghibur, pengkianat,  penghasut
Penge-
Apabila bertemu dengan kata-kata yang terdiri daripada satu suku kata
Pengebom, pengeluar, pengecat
Pen-
Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan hurufc,d,j,sy dan z
Penziarah, pencuri, pendatang, penjamin
2)      Awalan Pen- mempunyai bebrapa makna, iaitu
a)      Orang yang men Contoh pensyarah = orang yang mensyarah
b)      Orang yang suka atau selalu contoh pendiam = orang yang suka/selalu diam
c)      Alat atau sesuatu yang digunakan untuk men
Contoh pembuka = alat untuk membuka
d)      Sesuatu yang menyebabkan jadi
Contoh pendingin = sesuatu yang menyebabkan jadi dingin

Awalan Memper-
1)        Awalan Memper- sekeluarga dengan awalan mempe- dan mempel-
2)        Awalan memper-, mempe-, mempel- ada hubungan dengan kata kerja yang berawalan dengan ber-, be- dan bel- contohnya:
a)      beralat – memperalat
b)      belajar – mempelajari
3)        Awalan Memper- mempunyai beberapa makna, iaitu
a)      Menggunakan sebagai atau memperlakukan sebagai
Contoh mempersuami = memperlakukan sebagai suami
Contoh Memperalat = menggunakan sebagai alat
b)      Menjadikan lebih contoh mempertajam = menjadikan lebih tajam
c)      Membahagi contoh mempertiga = membahagi tiga

Awalan Pasif Di-, Kau- Dan Ku-
1)      Kata berawalan di-, kau- dan ku- dapat dibentuk dengan menukarkan awalan men- pada kata kerja transitif dengan awalan di- atau kau- atauku-
2)      Contoh
a)      melukis – dilukis, kaulukis, kulukis
b)      mengajar – diajar, kauajar, kuajar
c)      membaca – dibaca, kaubaca, kubaca
d)      menulis – ditilus, kautulis, kutulis
3)      Awalana di- memberikan makna perbuatan pasif yang dilakukan oleh orang ketiga
4)      Awalan kau- memberikan makna  perbuatan pasif yang dilakukan oleh orang kedua
5)      Awalan ku- memberikan makna  perbuatan pasif yang dilakukan oleh orang pertama

Imbuhan Akhir
1)      Akhiran -an tidak mengubah bentuknya apabila diimbuhkan pada kata dasar
2)      Bertugas untuk membentuk kata nama daripada pelbagai kelas
3)      Contoh
a)      manis – manisan
b)      bangun – bangunan
c)      tambah – tambahan
4)      Awalan -an mempunyai beberapa makna, iaitu
a)      Sesuatu yang bersifat seperti yang tersebut pada kata dasar
Contoh: bulatan = sesuatu yang bulat
b)      Hasil perbuatan dengan kata kerja
Contoh: minuman = hasil daripada minum
c)      Sesuatu atau seseorang yang diperlakukan
Contoh: kiriman = sesuatu yang dikirim
d)      Tempat mengerjakan
Contoh: mainan = alat main
e)      Alat untuk mengerjakan
Contoh: timbangan = alat untuk menimbang

Akhiran –man, -wan, -wati dan –ita
1)      Bentuk –man, -wan, -wati dan –ita tidak mengubah bentuknya apabila diimbuhkan pada kata dasar
2)      Akhiran –man, -wan, -wati dan –ita bertugas untuk membentuk kata nama daripada kata nama atau kata adjektif atau membentuk kata adjerktif daripada kata nama
3)      Contoh: juta – jutawan
4)      Akhiran –man dan –wan digunakan untuk membentuk kata nama orang lelaki
Contoh: olahraga = olahragawan
5)      Akhiran –wati dan –ita digunakan untuk membentuk kata nama orang lelaki
Contoh: olahraga = olahragawati
6)      Akhiran –man, -wan, -wati dan –ita menyatakan beberapa makna, iaitu
a)      Orang yang ahli dalam sesuatu hal
Contoh: sejarahwan = orang yang ahli dalan hal-hal sejarah
b)      Orang yang ber
Contoh: hartawan = orang yang berharta
c)      Orang yang bekerja atau bergiat dalam bidang
Contoh: olahraga = olahragawan

Imbuhan Apitan
Apitan Ke…an
1)      Kata yang berapitan ke…an dapat dibentuk dengan memberikan awalan ke- dan akhiran –an pada kata dasar
2)      Apitan ke…an tidak mengubah bentuknya apabila diimbuhkan pada kata dasar
3)      Apitan ke…an menyatakan beberapa makna, iaitu
a)      Sesuatu atau seseorang yang di…kan
Contoh keinginan = sesuatu yang diinginkan
b)      Tempat yang di…i
Contoh kediaman = tempat yang didiami
c)      Keadaan atau sifat
Contoh Keindahan = keadaan atau sifat indah
d)      Hal tentang sesuatu
Contoh kehakiman = hal tentang hakim
e)      Tempat bertugas atau daerah
Contoh kerajaan = daerah raja
f)        Perihal
Contoh kedudukan = tempat yang diduduki

Apitan Ber…an
1)            Apitan Ber…an tidak mengubah bentuknya apabila diimbuhkan pada kata dasar
2)            Awalan ber- pada apitan ber…an dapat berubah menjadi be-
Contoh beterbangan
3)            Apitan Ber…an menyatakan beberapa makna, iaitu
a)      Banyak yang berbuat atau yang berlaku
Contoh berguguran = banyak yang gugur
b)      Berlaku merata-rata atau ke mana-mana
Contoh Berlarian = berlari ke mana-mana
c)      Dalam keadaan
Contoh berjauhan = dalam keadaan jauh
d)      Saling melakukan
Contoh bercakap-cakapan = saling bercakap  

Apitan Ber…kan
1)      Akhiran –kan pada apitan ber…kan ialah kependekan kata sendi akan
2)      Kata sendi akan ini dapat mewakili kata-kata sendi yang lain sepertidengan, kepada, pada atau tentang
3)      Apitan ber…kan sama makna dengan kata-kata kerja tak transitif yang berawalan ber- yang disertai kata sendi seperti dengan, pada dantentang
Contohnya
a)      Berdasarkan agama = berdasar pada agama
b)      Bertanyakan khabar = bertanyan tentang khabar
c)      Bersenjatakan keris = bersenjata dengan keris

Apitan Men…kan
1)      Apitan men…kan sekeluarga dengan apitan me…kan, mem…kan, meng…kan dan menge…kan.
Contoh
a)      men…kan – mendirikan
b)      me…kan – menyatakan
c)      mem…kan – membuatkan
d)      meng…kan – mengelakkan
e)      menge…kan – mengebomkan
2)      Apitan men…kan menyatakan beberapa makna, iaitu
a)      Menjadikan Contoh menduakan = menjadi dua
b)      Menjadikan sebagai Contoh mencalonkan = menjadi sebagai calon
c)      Memasukkan ke dalam Contoh mengetinkan = memasukkan ke dalam tin
d)      Membawa Contoh menerbangkan = membawa terbang
e)      Membawa ke Contoh Mendaratkan = membawa ke darat
f)        Menyebabkan Contoh menurunkan = menyebabkan turun
g)      Menyebabkan berlaku Contoh menyandarkan = menyebabkan bersandar
h)      Menyebabkan jadi Contoh menluaskan = menyebabkan jadi luas
i)        Menganggap Contoh memudahkan = menganggap mudah
j)        Melakukan perbuatan untuk seseorang Contoh membelikan = membeli untuk seseorang
k)      Menggunakan sesuatu sebagai alat untuk melakukan perbuatan Contoh memotongkan = menggunakan pisau untuk memotong sesuatu

Apitan Men…i
1)      Apitan Men…i sekeluarga dengan me…i, meng…i dan menge…i
2)      Akhiran –i pada kata yang berapitan men…i bertugas sebagai ganti kata sendi seperti akan, terhadap, dengan, di, ke, kepada dantentang Contoh
Menemui = bertemu dengan
Menjumpai = berjumpa dengan
3)      Apitan men…i menyatakan beberapa makna, iaitu
a)      Memberikan…kepada Contoh Menghadiahi = memberikan hadiah kepada
b)      Menjadi…di/kepada Contoh Mengetuai = menjadi ketua kepada
c)      Mengalami sifat…akan/terhadap
Contoh Mengasihi = mengalami sifat kasih akan
d)      Memiliki dan memberikan sifat…kepada
Contoh Membasahi = memiliki atau memberikan sifat basah kepada
e)      Melakukan perbuatan…di
Contoh melalui = melakukan perbuatan lalu di
f)        Melakukan berkali-kali Contoh memukuli = memukul berkali-kali
g)      Memperlakukan dengan sifat
Contoh menghalusi = memperlukan dengan halus

Apitan Per…an
1)      Apitan Per…an sekeluarga dengan apitan pe…an dan pel…anContoh
Persatuan, pekerjaan, pelajaran
2)      Apitan Per…an menyatakan beberapa makna, iaitu
a)      Hal ber Contoh perebutan = hal berebut
b)      Sesuatu yang di…i atau di…kan
Contoh perbualan = sesuatu yang dibualkan
c)      Tempat berbuat sesuatu Contoh perguruan = tempat berguru
d)      Hal tentang sesuatu Contoh perubatan = hal tentang ubat-ubatan
e)      Hasil perbuatan ber- atau memper-
Contoh perolehan = hasil beroleh atau memperoleh
   f) Tempat sesuatu Contoh perpustakaan = tempat pustaka

Apitan Pen…an
1)      Apitan Pen…an sekeluarga dengan apitan pe…an, pem…an, peng…an dan penge…an Contoh pengurusan, pembukaan, pengertian
2)      Apitan Pen…an menyatakan beberapa makna, iaitu
a)      Hal melakukan perbuatan men
Contoh penjagaan = hal menjaga
b)      Hasil men Contoh pendapatan = hasil mendapat
c)      Tempat melakukan sesuatu Contoh penginapan = tempat menginap  

Apitan Memper…kan
1)      Apitan Memper…kan dapat dibentuk dengan mengimbuhkan awalan rangkap memper- dan akhiran –kan pada kata dasar. Contoh mempelbagaikan, memperlakukan
2)      Apitan Memper…kan sekeluarga dengan apitan mempe…kan danmempel…kan
3)      Apitan Memper…kan mempunyai beberapa makna, iaitu
a)      Menjadikan sesuatu atau seseorang beroleh sesuatu
Contoh mempergunakan = menjadikan berguna
      Mempersuami = menjadikan bersuami
b)      Menjadikan sesuatu sebagai sebab berbuat
Contoh memperkatakan sastera = menjadikan sastera sebagai sebab berkata-kata
c)      Menyebabkan sesuatu dapat di- atau ter-
Contoh memperdengar = menyebabkan dapat didengar

Apitan Memper…i
1)      Apitan Memper…i dapat dibentuk dengan mengimbuhkan awalan rangkap memper- dan akhiran –i pada kata dasar. Contoh mempelajari
2)      Apitan Memper…i mempunyai beberapa makna, iaitu
a)      Menjadikan sesuatu atau seseorang beroleh sesuatu
Contoh mempersenjatai = menjadikan seseorang beroelh senjata
b)      Menjadi…bagi/kepada Contoh mempertuani = menjadi tuan kepada
c)      Berbuat akan/kepada/tentang Contoh mempelajari = belajar tentang
d)      Menjadikan sesuatu memperoleh sesuatu
Contoh memperbaiki = menjadikan baik semula

0 comments:

Post a Comment